Sejarah SKTP



Sekolah Kebangsaan Telok Perang, Parit dibina pada bulan Ogos 1984 yang bercirikan bangunan tradisional. Ia didirikan secara bergotong-royong bersama penduduk kampung. Kawasan sekolah ini mempunyai keluasan 1.037 hektar. Keadaan muka buminya rata dan sedikit bercerun. Tanahnya juga adalah dari jenis tanah hitam bercampur pasir. Pada awalnya atap diperbuat daripada daun bertam yang dianyam rapi dan dindingnya pula diperbuat daripada sisipan batang bertam yang disusun rapi, kemas dan cantik. Dinding yang dibuat ini dinamakan tepas. Tiangnya diperbuat daripada batang pokok tempinis dan kerusi serta mejanya pula dibuat sendiri oleh penduduk kampung yang mahir.
            Beberapa tahun kemudian, bangunan asal ini telah rosak dan pada tahun 1953, sebuah bangunan baru telah pun dibina secara bergotong-royong sekali lagi, tetapi pada kali ini telah mendapat bantuan daripada JABATAN PELAJARAN PERAK. Struktur bangunan ini adalah lebih baik dari sebelumnya kerana menggunakan bahan-bahan binaan yang lebih baik mengikut peredaran masa. Bangunan baru ini beratapkan zink, berdindingkan papan dan berlantaikan simen yang cantik.
            Namun, mungkin inilah yang dikatakan malang tidak berbau. Bangunan ini telah dihempap oleh sebatang pokok tua yang besar yang tumbuh berhampiran bangunan sekolah. Berikutan kejadian tersebut, bangunan sekolah telah mengalami kerosakan yang teruk. Namun syukur kepada Tuhan kerana kejadian tersebut tidak berlaku pada waktu persekolahan. Pada tahun 1972, dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Perak sekali lagi, sebuah bangunan baru dibina ditapak sekolah sekarang. Alhamdulillah... dari semasa ke semasa telah banyak perubahan yang berlaku dan dapat dilihat pada sekolah ini demi kepentingan anak bangsa. 12 tahun kemudian, sejajar dengan perkembangan pendidikan semasa sebuah bangunan, 3 bilik darjah telah ditambah berhampiran bangunan sekarang. Berdindingkan kayu yang lebih baik dan berlantaikan simen yang cantik, sudah cukup membuatkan anak-anak penduduk kampung belajar dengan tenang. Siapa sangka, dilihat pada peredaran masa sekali lagi sekolah ini berdindingkan batu iaitu pada tahun 2006.  Alhamdulillah, pada ketika itu juga pihak sekolah tidak putus-putus menerima pelbagai bantuan dari segi kemudahan ICT mahupun kewangan.
            Kita amat berbangga dengan infrastruktur yang telah disediakan, walaupun tidak mempunyai bilik dan bangunan komputer sendiri dan hanya menumpang sudut di dalam perpustakaan, namun kemudahan ini amat dimanfaatkan oleh para pelajar. Anak-anak didik sekolah ini tidak mahu dikatakan buta IT dan oleh itu walaupun hanya dengan berbekalkan lima buah komputer, mereka dapat menggunakannya. Kantin pula kalu dahulunya hanya dibuka untuk RMT dan waktu rehat sahaja, kini tidak lagi. Kantin telah dibuka seawal 7.00 pagi dan hanya ditutup pada pukul 2.00 petang. Guru-guru juga tidak perlu lagi membeli bekal dari luar kerana pelbagai menu disediakan sehinggalah ke menu ‘alakat’. Jika dilihat pula pada mural di dinding bangunan sekolah, pelbagai keceriaan dapat dinikmati dan dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar. Lakaran tersebut lahir dari usahasama ahli-ahli PIBG sekolah serta guru-guru yang tidak jemu-jemu memerah tenaga semata-mata untuk memastikan suasana pembelajaran itu tidak dapat dijalankan dalam keadaan sekolah yang ceria dan indah.

No comments:

Post a Comment